Friday, November 5, 2010

Belajar Tawakal daripada Semut





Kisah ini dipetik dalam kuliah magrib dimasjid diceritakan oleh seorang ustaz yang simple sahaja orangnya.,
Begini ceritanya:
Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun.Semut menjawab,ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkan gula sebesar sebutir gandum.Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun,mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman.Anehnya,baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu habis dimakan oleh semut tersebut.Nabi Sulaiman bertanya,mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya olah Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya.Oleh sebab itu,dia tidak perlu risau hakikat itu,tetapi apabila dikurung oleh manusia,dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia.Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya telebih daripada tempoh satu tahun?Apa yang akan jadi nanti?
Ertinya semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika diluar botol berbanding jaminan manusia ketika berada didalam botol.Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjaga yakni dengan makan hanya separuh sahaja daripada yang diperlukan dalam masa setahun agar jika berlaku sesuatu diluar jangkaan,dia mampu bertahan.Masih ada baki makanan yang boleh digunakan...
Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut.Jangan sesekali bergantung kepada sesama mahluk dalam soal apa pun,.sebaliknya bergantunglah kepada Allah..
Dengan kisah semut ini,pasti ada mesej atau signal daripada Allah untuk mahluknya di sebalik ujian ini.Mustahil Allah lakukan semua ini dengan sia-sia.Pastinya ada sesuatu yang perlu diambil peringatan oleh para hamba-Nya..Jadilah seperti semut..!!!

3 comments: